Sunday, November 7, 2010

Contoh Perbandingan Harga Emas Di Malaysia

 

Semasa posting ini di tulis, harga emas dunia ialah sebanyak USD1394.10 per ounce troy.

Dan $1 USD = RM3.20.

Live Spot Gold & Silver Price

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Ini bermakna, jika diconvert kepada RM, harga emas semasa dunia skrg ialah:-

$ 1394.10 USD / 31.10 = $44.83 USD per gram

$44.83 x RM3.2 = RM143.44 segram

Memandangkan harga emas di Malaysia bukanlah harga kawalan, oleh yang demikian kita akan dapati harga emas akan dijual di atas nilai 143.44 se-gram. Bagi emas di PG, biasanya perbezaan harga antara emas PG dan harga dunia adalah sebanyak +RM13 – RM15 segram. Mari kita kira harga emas PG sekarang dan tengok CONTOH-CONTOH perbezaan harga emas- emas di Malaysia dengan harga semasa emas Dunia…

i. Harga emas dunia:-

>RM143.44 se-gram

ii. Harga FEDMAS (yang digunakan dikedai2 emas, Poh Kong, Poh Win, Tomei, dsbg…) yg ni belum termasuk harga upah lagi yer…

> 999 Gold : RM160.00 se-gram

> 916 Gold : RM151.00 se-gram

iii. Harga Gold Savings Passbook Maybank

> RM137.94 se-gram

iv. Harga emas Public Gold

> 999.9 Public Gold Bar:-

20gm PG Gold Bar = RM3151.00

bermakna RM3151.00 / 20 = RM157.55 per gram

> 916 Public Dinar:-

1 Public Dinar = RM651.00

bermakna RM651.00 / 4.25gm = 153.18 se-gram

ANALISA:-

> Harga emas semasa di Malaysia paling murah di tawarkan oleh Maybank Gold Savings Account (GSA) iaitu sebanyak RM137.94 se-gram.

> Kenapa? kerana harga yang ditawarkan ini adalah harga ‘paper gold’ shj. Kalau kita beli emas di maybank, nilai tersebut hanya akan dikreditkan di akaun kita shj. Kita tak akan dpat memegang emas fizikal sebenar yang kita ‘beli’ dgn Maybank tersebut. Bagaimana menjana keuntungan? Bila harga emas naik dan nilai emas dalam akaun GSA kita telah melepasi nilai ‘we buy’ maybank, maka kita bolehlah jual ‘emas’ kita tu dan dptlah menikmati keuntungan hasil jualan tersebut…

> Bolehkah kalau kita nak dapatkan emas fizikal setelah membuka akaun GSA di maybank. BOLEH (buat masa skrg), TAPI KITA AKAN DIKENAKAN KOS TAMBAHAN SEPERTI KOS PEMBUATAN, INSURAN, PENGANGKUTAN……

> Harga emas yang dijual di kedai-kedai emas pula jauh lebih tinggi dari harga emas semasa dunia. bagi emas 999, harga se-gram yang dicadangkan ialah RM160.00 se-gram dan bagi emas 916, harga jualan ialah sebanyak RM151.00 segram. Perlu diingat, harga ini adalah TIDAK TERMASUK UPAH tukang yang dikenakan ke atas pelanggan bagi setiap jenis emas yang kita beli dari kedai-kedai emas ni.

> Selain itu, sekiranya bila-bila kita nak  jual semula emas yang kita beli ni kpd kedai-kedai emas ni, mereka akan beli dengan susut nilai sebanyak 15% – 35% daripada nilai semasa ketika itu.

> ini bermakna, jika kita membeli seutas rantai 916 seberat 10gm drpd kedai emas kita terpaksa membayar RM1510.00 bagi harga rantai emas tersebut sahaja dan selain itu, kita juga terpaksa membayar harga upah tukang emas tersebut. Harga upah ni bergantung kepada kedai dan juga bentuk dan jenis design emas tersebut. Katalah harga upah tukang yang kita kena bayar ialah RM800.00, bermakna harga rantai emas 10gm tersebut terpaksa dibayar dengan RM2300.00.

> Dan jika setelah setahun kalau harga emas meningkat sebanyak 35%, bermakna nilai rantai emas tersebut akan menjadi RM2038.50 (RM1510 + 35%). Kalau kita nak jual semula kepada kedai emas, susut nilainya ialah 15-35%. Ambil contoh kalau kedai emas tu tolak susut nilai sehingga 30%, bermakna, rantai emas tersebut yang pada masa itu bernilai RM2038.50 akan dibeli oleh kedai emas tersebut sebanyak RM1426.95 shj (RM2038.55 –30%)!!!

> Harga emas PG? harga yang ditawarkan bagi dinar adalah nett price, bermakna tiada sebarang cost atau caj tambahan sekiranya kita ingin membeli Dinar PG.

> Bagi Gold Bar PG, setiap jenis Gold Bar akan dikenakan transportation cost sebanyak RM10-30 sekeping (bergantung kpd jenis gram bar) dan RM500 skpg bagi 1kg Gold Bar. Transportation cost ini hanya akan dikenakan jika kita ingin mengambil jongkong tersebut di cawangan selain daripada Penang Branch. kalau di Penang branch, tiada sebarang transportation caj di kenakan.

> Adakah kita akan dapat emas fizikal? Ya , membeli emas di PG, kita akan dapat emas fizikal….. beli 20 gm dapat 20gm, beli 1 kg, dpt 1 kg… ;p

DSC_0033

> Kalau kita nak jual?  Spread harga yang di kenakan oleh PG hanyalah 5-6% sahaja. Ini bermakna, setiap kali kita nak  jual kembali gold bar atau dinar kpd PG, susut nilai (pada harga semasa) ialah sebanyak 5-6% shj.

> Dan yang paling best sekali, PG juga membuka dan memberi ruang kepada semua untuk menjadi dealer PG di mana, antara keistimeaan dealer-dealer PG ini ialah, kita akan dapat membeli emas PG dengan diskaun harga sebanyak 1.5% dan juga mendapat 0.3% komisyen bagi setiap emas yang kita beli balik daripada customer bagi pihak PG…

>>>> JADI, setelah mengetahui sedikit sebanyak perbandingan ini, diharap kita semua dapat maklumat berguna dan semakin celik emas! Nak jadi Dealer PG?? sekarang PG mengadakan promosi iaitu hanya perlu membeli produk PG sebanyak RM20k dalam satu belian, dan anda layak secara automatik menjadi dealer dan dengan itu akan mendapat pulangan /diskaun sebanyak 1.5% bagi setiap pembelian produk PG bermula dengan pembelian RM20k tersebut!!!

MENARIKKAN??? NAK TAHU LEBIH LANJUT…

HUBUNGI PENGLIPUREMAS>>

019-759 6758 / 019-754 6768

2 comments:

  1. jika saya nak menjual emas kepada public gold bagaimana caranya? adakah public gold membeli kesemua jenis emas seperti PAM suisse dgn harga yang sama dengan harga yang dipaparkan di website PG??

    -AJAQUE

    ReplyDelete
  2. jika nak jual emas kpd PG, hanya bawa emas tsb ke mana2 branch PG. jika emas tsb adalah emas PG, maka PG akan beli semula ikut harga 'we buy'.
    Ye, PG beli semua jenis emas.kalau emas tu bkn emas PG, maka harga PG beli berdasarkan jenis emas, berdasarkan harga 'we buy', dan tolak 15% dr harga tsb. tp kalau nk trade in dgn emas PG, maka PG tak akan tolak 15% drpd harga 'we buy' tsb.

    ReplyDelete